Solat
Ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama
yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan
tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.
Solat
Ghaib sunah dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa
meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan. “Sesungguhnya Nabi ﷺ telah melaksanakan solat di atas (berhampiran) kubur, sesudah
sebulan lamanya.”
.
Solat Ghaib Berhampiran Kubur
.
Jika
kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya, maka
diharuskan dilaksanakan Solat Ghaib berhampiran kubur si mati.
Hadis
riwayat Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu :
“Bahawa seorang wanita berkulit hitam yang biasa menyapu masjid,
suatu hari Rasulullah ﷺ merasa kehilangannya (tidak melihatnya). Lalu Baginda ﷺ bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: “Dia
sudah meninggal dunia.” Rasulullah ﷺ menegur: “Kenapa
kamu tidak memberitahu kepadaku?” Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan
kematian. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: “Tunjukkan aku kuburnya.” Setelah ditunjukkan, Baginda ﷺ mensolatkannya kemudian bersabda: “Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan
bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab solatku atas
mereka.” (Shahih Muslim No.1588)
.
Ibnu
Abbas r.a. mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ melalui sebuah kubur yang baru semalam dikuburkan, “(dan Baginda ﷺ bertanya tentang orang itu, “Siapakah ini?” Mereka menjawab,
“Fulan.” 2/93). Lalu Baginda ﷺ bertanya lagi, “Bila mayat ini dikuburkan?” Mereka menjawab, “(Dikuburkan 2/90) tadi malam.”
Nabi ﷺ bertanya, “Mengapa kamu tidak memberitahukan kepadaku?” Mereka menjawab, “Kami kuburkan ia tengah
malam yang sangat gelap. Kerana itu, kami tidak mahu membangunkan kamu.”
Nabi ﷺ berdiri, dan kami
berbaris di belakang Baginda ﷺ untuk solat. Ibnu Abbas berkata, “Aku ketika itu berada di antara mereka lalu
Baginda ﷺ mensolatinya,
(dan bertakbir empat kali).”
.
.
Niat
Solat Ghaib
.
Lafaz-lafaz niatnya ialah sebagai
berikut:
1. Niat jenazah yang diketahui
namanya:
.
2.
Niat jenazah yang dikenali jantinanya:
.
3.
Jika mayat yang ada itu ramai, lafaz niatnya adalah:
.
.
.
Cara
Melaksanakan Solat Ghaib
.
Solat
Ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan
solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa, Cuma berbeza pada niatnya saja.
Di dalam solat jenazah ghaib ini tidak terdapat rukuk, sujud, dan duduk
tahiyyat hanya terdapat takbir dan salam. Iaitu semuanya dilaksanakan dalam
keadaan berdiri, bermula dengan ‘Takbiratul Ihram’ dan berakhir dengan salam.
.
1.
Niat Dan Takbir Pertama
Niat solat Jenazah, hendaklah
dilintaskan dalam hati sewaktu ‘Takbiratul Ihram’ (Takbir Pertama):
.
2. Baca Surah Al-Fatihah
.
3.
Takbir Kedua.
.
4. Membaca Selawat;
.
5.
Takbir Ketiga.
.
6.
Membaca Doa:
Contohnya seperti doa ringkas
berikut:
.
7.
Takbir Keempat.
.
8.
Doa untuk si mati ialah:
Sebelum memberi salam, boleh juga
dibaca doa berikut:
.
9.
Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya.
.
.
.
10.
Doa Selepas Solat Jenazah:
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh
alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ,
penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda
seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman
daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati,
Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama
Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui
perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon
syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan
segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu
wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan
ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ.
dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi
Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
.
- Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Bila kamu solat atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dawud dan dianggap shahih oleh Ibnu Hibban.)
.
.
PERHATIAN:
.
1.
Boleh juga dilintaskan dalam hati dengan niat ringkas berikut;
a)
Daku solat ke atas (ibuku /bapaku /anakku) yang ghaib
b)
Daku solat ke atas (…… bin /binti ……) yang ghaib
c)
Daku solat ke atas (mayat-mayat) yang ghaib di Mesir.
.
2.
Tidak diwajibkan sebut nama tetapi sekiranya tersalah nama, maka Solat jenazah
/ghaib tersebut menjadi tidak sah
.
3.
Solat jenazah /ghaib boleh dilaksanakan dengan cara 4 hingga 7 takbir
bergantung kepada hubungan, keadaan atau taraf si mati.
- Orang biasa – 4 takbir
- Saudara terdekat/pemimpin – 5 takbir
- Syahid – 6 -7 takbir.
Dari
Ali Radliyallaahu ‘anhu bahawa Baginda ﷺ bertakbir atas jenazah Sahal Ibnu Huzaif enam kali, dan Baginda
ﷺ berkata: “Sesungguhnya dia adalah pahlawan perang Badar.” (Riwayat
Said Ibnu Manshur dan asalnya dalam riwayat Bukhari.)
.
4.
Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka
tidak diharuskan solat ke atasnya kerana jasad tidak dapat dimandikan. Tetapi
sekiranya jasad itu cedera, melecur atau rosak seperti disebabkan kemalangan,
kebakaran dan tidak dapat dimandikan, maka mayat akan ditayamumkan dan
disolatkan seperti jenazah biasa.
.
.
والله
أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa
yang benar)
.